Friday 27 April 2012

Karya Haiwan | Panda Menyelamatkan Panda

Kasih sayang yang diberikan si ibu kepada anaknya tidak berbelah bahagi. Demi menyelamatkan anak kesayangan dari ancaman manusia yang hilang erti belas kasihan, si ibu telah mendedahkan kemampuan luar biasanya ; berlari menggunakan dua kaki. Hebat bukan (^_^)v


Apakah benar tamadun mereka semakin yang canggih dari hari demi hari? Bermula dengan merangkak menggunakan empat kaki, kini mereka bukan sahaja mampu berjalan bahkan mampu berdiri untuk berlari menggunakan dua kaki belakangnya. Untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, klik untuk melihat realitinya.


HOho !! Yang sebenarnya, ibu panda tersebut ialah Pegawai Penyelidik dari Sichuan Hetaoping Giant Panda Research Center, China. Mereka terpaksa melakukan penyamaran sedemikian bagi mengelakkan anak panda yang ingin diselamatkan melarikan diri. Seperti yang kita ketahui, kerajaan China terpaksa melakukan tindakan drastik bagi menghalang kepupusan panda. Dan salah satu cara yang mereka lakukan ialah dengan memberikan penjagaan rapi kepada generasi baru si penggemar buluh ini.




Sumber : The Telegraph

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...