''Bebaskan aku Ya Rasulullah..''
..rayu satu suara kepada Nabi Muhammad saw. Baginda yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Thoif, mencari cari dari mana datangnya arah suara berkenaan. Setelah Baginda mengamatinya, tahulah Baginda bahawa suara itu datang dari semak samun berhampiran dan ia adalah kepunyaan seekor kijang.
''Kamukah yang bercakap wahai kijang?'' soal Nabi meminta kepastian
''Benar ya Rasulullah.. Tolonglah bebaskan aku'' rayunya lagi
Nabi yang menyedari bahawa kijang tersebut telah terkena jerangkap, kembali bertanya
''Kenapa kamu ingin aku bebaskan kamu?''
..rayu satu suara kepada Nabi Muhammad saw. Baginda yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Thoif, mencari cari dari mana datangnya arah suara berkenaan. Setelah Baginda mengamatinya, tahulah Baginda bahawa suara itu datang dari semak samun berhampiran dan ia adalah kepunyaan seekor kijang.
''Kamukah yang bercakap wahai kijang?'' soal Nabi meminta kepastian
''Benar ya Rasulullah.. Tolonglah bebaskan aku'' rayunya lagi
Nabi yang menyedari bahawa kijang tersebut telah terkena jerangkap, kembali bertanya
''Kenapa kamu ingin aku bebaskan kamu?''
Maka, dengan suara yang sayu dan penuh pengharapan, kijang tersebut menjawab..
''Ya Rasulullah.. Sesungguhnya aku mempunyai 2 ekor anak yang masih kecil dan masih menyusu. Bermula dari saat aku terkena jerangkap ini, anak-anak aku sudah 5 jam tidak meminum susuku''
''Ya Rasulullah.. Tolonglah bebaskan aku. Aku berjanji, bilamana anak aku telah kenyang disusukan, aku akan datang kembali ke sini, bersedia untuk diikat semula'' sambungnya lagi
Sebelum Nabi melepaskan ibu kijang tersebut, sekali lagi Baginda bertanya
''Adakah kata-kata kamu ini boleh dipercayai?''
''Benar ya Rasulullah. Aku akan datang kembali ke sini tepat jam 7 petang'' balasnya memberi jaminan
Setelah Nabi berpuas hati dengan jaminan daripada kijang tersebut, Baginda pun membuka ikatan yang menjadi penambat pada kakinya. Lantas, berlarilah ia dengan pantasnya meninggalkan Baginda Nabi saw.
Tepat jam 7.00 petang, kelibat ibu kijang itu masih belum kelihatan. Namun, tanpa sebarang syak wasangka yang bersarang, Baginda masih setia menunggu ke jam berikutnya. Setengah jam kemudian, barulah si kijang yang dilepaskan tadi itu datang dengan nafas yang tercungap cungap.
''Kenapa kamu lewat wahai kijang?'' soal Baginda
''Maafkan aku Ya Rasulullah. Sesungguhnya tadi, ketika pulang ke sarang, anak-anak aku telah menunggu kelaparan. Mereka meminum susuku sejurus aku meletakkannya ke mulut mereka. Lama. Mereka minum tanpa henti. Selesai aku merasakan bahawa mereka sudah kenyang, ingin aku menarik susuku dari mulut mereka namun mereka tidak melepaskan. Lalu, aku biarkan sehingga mereka benar-benar kenyang dan tertidur. Pada masa itu, aku tarik perlahan-lahan agar mereka tidak terjaga dari lenanya''
Nabi yang mendengar penjelasan kijang itu, tidak mampu berbuat apa-apa melainkan diikatnya kembali kaki si ibu. Dan ketika itu juga, barulah terdetik di hati mulia Baginda untuk mencari siapakah empunya jerangkap samar berkenaan. - Demi anak-anaknya, ia mesti dilepaskan -
Lalu, berjalanlah Baginda memasuki kampung berhampiran mencari 'tuan' kepada ibu kijang. Dan berserulah Baginda..
''Wahai penduduk kampung sekalian.. Tahukah kamu siapakah pemilik jerangkap di luar sana? Sesungguhnya.. Pada jerangkap itu telah terkena seekor kijang..''
Tidak menanti lama, apabila mendengarkan seruan Baginda itu, seorang anak muda mengangkat tangannya lalu berkata ''Saya ya Rasulullah''
Nabi pun membawa anak muda berkenaan ke tempat jerangkapnya dipasang. Sesampainya mereka di sana, pemuda itu telah meluahkan kata-kata 'nazarnya' yang terbuku di hati..
''Ya Rasulullah.. Sesungguhnya aku telah berniat.. Sekiranya jerangkap yang aku pasang ini terkena binatang, binatang yang pertama ini adalah milikmu..''. Alhamdulillah..Tuntas, Baginda tersenyum kesyukuran.
Usai lafaz akad 'hadiah' diucap, pemuda itu pun membuka ikatan pada kaki kijang dan menyerahkannya kepada Nabi saw. Baginda menerimanya dan segera berkata kepada ibu kijang itu..
''Wahai kijang.. Sekarang kamu telah bebas. Pulanglah kamu kepada anak-anak kamu yang sedang menunggu..''
Namun, apa yang terjadi benar-benar di luar dugaan. Si ibu kijang itu enggan pulang dan menyatakan bahawa anak-anaknya telah kenyang. Keenganannya itu adalah kerana ia ingin terus bersama Nabi dan berkhidmat kepada Baginda.
Melihatkan reaksinya itu, Nabi pun berkata..
''Wahai kijang.. Sesungguhnya, tugas menyebarkan risalah Islam ini bukan terletak pada bahu binatang.. Tetapi ia terletak pada bahu umat-umatku.''
''Wahai kijang.. Pulanglah.. Dan kembalilah menyusukan anak-anak kamu..''
**Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Abdullah Khairi bin Haji Harun
ketika kuliahnya di Surau al-Mustaqim, Mentari Court, Bandar Sunway pada 19 Januari 2014 dan diolah dalam bentuk ayat oleh #karyawanbisu
No comments:
Post a Comment