Tuesday 14 February 2012

Karya Hebat | Obor-Obor Langit Dunia [ 12 Gambar ]

Kelesuan malam langit Loi Krathong, Thailand kembali 'bernyawa' apabila tibanya November. Puluhan ribu 'Khom Loy' akan dilepaskan ke ruang udara terbuka langitnya bagi menolak malang dan menjemput keuntungan untuk setiap individu yang bertandang mengambil bahagian. Negara Thailand yang majoritinya adalah penganut agama Budha percaya bahawa perayaan tanglung ini adalah satu 'kewajipan' yang mesti disertai oleh mereka yang mengaku beragama Budha.

Pada malam bersejarah awal November ini, syarikat penerbangan Thailand, Thai Airways biasanya akan menangguhkan operasi penerbangan pesawatnya. Ini kerana, dikhuatiri pesawatnya akan merempuh tanglung-tanglung yang sedang asyik 'berenang' bebas di udara dan ini bakal menyebabkan kemalangan. Dinyatakan, tanglung tersebut mampu terbang setinggi 1250m dari bumi dan hanyut sehingga ke bandar Chiang Mai yang berjarak kira-kira 60km dari Loi Krathong.














*Kalau tak silap aku, kat Malaysia pun ada diadakan jugak perayaan tanglung macam ni. Malam Chap Goh Meh. Bukan setakat tanglung yang dilepaskan ke udara, tembakkan bunga api pun tak kurang hebatnya. Bagai nak tercabut ulu hati aku. HOho !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...