Wednesday 2 May 2012

Karya Arkitek | Papan Iklan Lutsinar

Papan iklan lutsinar yang dihasilkan Syarikat Lead Pencil Studio ini mempunyai motifnya yang tersendiri. '' Apa motifnya ? '' bisik hatiku sendirian. Begitu kreatif dan mampu menarik perhatian orang ramai, seni binaannya adalah simple dan bersahaja. Bagi mereka yang memandangnya dengan sekali imbas, pasti akan memandangnya sekali lagi dan akan memikirkan apakah tujuan pihak berkenaan mendirikan papan iklan 'kosong' di tepi jalan Vancouver, sempadan  Amerika Syarikat dan Kanada ini. '' Apa tujuan nya ? '' diriku tertanya-tanya lagi sekali.

Baiklah. Bagi menjawab segala pertanyaan yang tergantung di minda kalian, meh sini Abang Bisu nak bagitahu jawapannya. Papan iklan lutsinar ini dibina adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga kebersihan atmosfera serta udara yang dihirup hari-hari. Ia adalah tender yang diberikan oleh kerajaan AS kepada Syarikat Lead Pencil Studio untuk membuat iklan menerangkan kepada orang ramai tentang kepentingan atmosfera dan udara bersih. 

Oleh sebab kedua-dua elemen tersebut tidak dapat dilihat, idea membina ruang kosong dihiasi keluli-keluli tahan karat disekelilingnya tercetus. So, mereka yang lalu lalang di situ dapat melihat kebersihan atmosfera,langit dan udara tanpa sebarang halangan dan berfikir sendiri sejauh mana bersihnya 'mereka' dari pencemaran.








Kreatif bukan ?? Kalian juga sebenarnya mempunyai idea kreatif. Cuma kadang-kadang kalian tidak yakin akan idea kreatif kalian itu bukan ?? Majulah ke hadapan. Tinggalkanlah segala ketidakyakinan itu di belakang. Berubahlah. Nescaya Islam akan berbangga,bersinar dan tersohor hasil dari idea kreatif cetusan ummat yang berkeyakinan tinggi.

Sumber : loretta ryan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...