Sunday 6 May 2012

Karya Haiwan | Adakah Saya Seekor Penguin ??

''Adakah saya seekor penguin ?'' Begitulah agaknya persoalan yang bermain di benak otak  seekor ayam betina ini. Mengalami krisis identiti sejak dilahirkan, ayam yang diternak di Jinhu, wilayah Jiangsu di timur China ini tidak berjalan seperti rakan-rakannya yang lain. Sebaliknya, ia lebih selesa dengan berjalan lagak seekor penguin. Pengaruh Pingu agaknya ayam ini ?? Tak tahulah Abang Bisu pun. HOho !!

Penternak kepada ayam istimewa ini, Encik Liu Yong, seorang nelayan berkata, ''Ia memang begitu sejak menetas lagi. Akibat keanehan yang dialaminya, ayam-ayam lain tidak begitu rapat dengannya.'' Liu menambah lagi ''Paling ketara apabila malam menjelma. Rakan-rakannya yang lain akan terbang ke atas bumbung untuk tidur. Tetapi, ia tidak mampu terbang dan hanya akan tidur di atas tanah sahaja'' 





Macam-macam keanehan berlaku di akhir zaman ni. Semuanya dah tunggang terbalik. Hal ini pun terjadi kepada haiwan. Semoga Allah SWT akan sentiasa melindungi kita daripada fitnah akhir zaman ni. Ameen.

Sumber : metro uk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...