Thursday 10 May 2012

Karya Haiwan | Kekuatan Seekor Semut

Jika di Google di dalam internet, anda akan mendapati begitu banyak fakta yang menyatakan tentang kekuatan seekor semut. Ada yang mendakwa mereka mampu mengangkat sesuatu barang yang seberat 100x ganda berat badan mereka. Ada jua yang menyatakan 50x ganda. Tidak kurang yang mem'fatwa'kan 20x ganda. Sejauh manakah kebenaran dakwaan mereka ?? Mungkin setiap mereka mempunyai hujjah dan pendapat tersendiri melalui kajian, pembacaan atau copy paste info yang diberikan Encik Google sahaja. HOho!!

Bagi Abang Bisu, info yang AB perolehi dari web animal tracks ini dijadikan rujukan. Betul ke tak betul, minta maaf la banyak-banyak neh. Diminta pada mana-mana doktor pakar bab serangga ini mengesahkan kesahihan semua fakta di atas. Tapi, apa-apa pun, semut merupakan seekor serangga yang kuat. Berdasarkan foto-foto yang diambil oleh Encik Eko Adiyanto, 40, fakta mereka adalah serangga kuat semakin boleh dipercayai.

Koloni semut merah yang mengangkat biji gergasi dari pohon Mimosa ini, amat mengujakan mata AB yang memandang. Berkali ganda kot berat biji gergasi tu. Encik Eko yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia berkata 

" Mereka merupakan haiwan yang kecil dan mampu mengangkat bebanan yang berat. Foto ini diambil di sekitar kawasan rumah saya dan saya berasa benar-benar teruja "

Untuk berkongsi pengetahuan am bersama, terdapat lebih 12,000 spesis semut diseluruh muka bumi ini.




P/S : Satu pertanyaan juga timbul di sini. Adakah foto yang dirakamkan ini benar-benar reality pictures ?? Atau hanya sekadar simulasi Adobe Photoshop. Hanya mereka yang pakar dan Encik Eko sahaja mampu menjelaskan perihal tersebut.

Sumber : 500px.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...