Thursday, 24 May 2012

Karya Sayu | Jangan Ambil Rumah Kami






Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Berbuktikan gambar di atas sahaja, lihatlah bagaimana seorang abang kecil yang sedang menatang adiknya menangis, seolah-olah sudah mengetahui nasib diri mereka nanti; terbelakah ataupun tidak. 


Sekurang-kurangnya 1000 orang yang tinggal di perkampungan Kathmandu menjadi pelarian di bumi sendiri ekoran pihak polis merobohkan setinggan mereka. Perobohan itu berikutan  Kerajaan India memutuskan untuk mengusir hampir 10,000 orang yang telah mendirikan kem setinggan sepanjang sungai Bagmati, Nepal.


''Saya menangis apabila meihat jentolak merobohkan rumah kami,'' luah Manju Adhikari, 34 tahun, ibu kepada dua anak perempuan yang berusia 15 dan 17 tahun.


''Apabila anak-anak saya pulang dari sekolah, dia bertanya - di mana kita akan hidup ??- Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu. Kami tiada tempat untuk dituju''






Kami menantikan pemerintahan Islam yang diterajui seorang Imam yang takutkan Allah lebih dari segala-galanya. Yang akan membela nasib ummat baik dari kalangan insan mahupun haiwan. Saat bayi kecil boleh bermain-main dengan ular berbisa, saat si biri-biri boleh berkawan dengan serigala. Kesan dari pemerintahan Pemerintah Adil lagi Saksama.


Sumber : Photoblog Msnbc Msn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...