Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila melihat gambar di atas? Tangan orang frust cinta bunuh diri? Tangan mangsa mati lemas? Mangsa banjir lumpur? Andai salah satu daripada pilihan jawapan di atas menjadi pilihan anda, anda sudah tersilap. Gambar di atas sebenarnya adalah tangan milik Boonchu Tiengtan yang berasal dari negara gajah putih ; Thailand.
Mengapa beliau bertindak sedemikian rupa? Kalau bukan bunuh diri.. Apa yang dibuatnya? Air lumpur kot.. Ya, mata anda memang tidak salah memandang cuma salah menilai. Encik Boonchu sebenarnya sedang melombong emas mengikut caranya sendiri di lombong emas Panompa, di wilayah Phicit, Thailand. Beliau sanggup menyelam ke dasar lombong semata-semata kerana harga emas yang melambung naik pada Februari 2011. Dia dan isterinya mampu menjana pendapatan sebanyak $30 sehari. Macam mana, sanggupkah anda bertindak sepertinya? Dia ada, anda ada? [keberanian] (^_^)
Sumber : Damirsagolj
No comments:
Post a Comment