Pagi itu, selesai sarapan bersama, aku mengajak suami menonton tv. Filem Ketika Cinta Bertasbih. Filem romantik
islamik simbolik cinta kami. Cewahhh.. Dia setuju. Kami sama-sama mengambil
tempat di sofa yang baru dibeli. Bersandar kekenyangan menghadap TV.
45 minit berlalu. Tiba-tiba suamiku bangkit. Berdiri lalu melangkah menuju ke bilik.
‘’Abang nak ke mana tu ?’’ tanyaku lembut.
‘’Jap. Abang nak ambil something..’’
jawabnya sambil tersenyum.
‘’Hmm.. Entah apalah yang dia nak ambil tu. Adalah
tu rancangan dia..’’ Ngomelku sendirian.
Dia keluar. Sambil tangan kirinya disorokkan ke belakang, dia duduk mengadap aku. Dicapainya remote control lalu button pause ditekan. Aku kehairanan. Tapi, aku biarkan sahaja dia mengatur perancangan.
Senyuman terukir bersusunkan sebaris gigi-gigi putih miliknya, kemudian dituturkan kalimah-kalimah cinta sulaman lidah romantisnya.

‘’Sayang.. Abang nak jadi lebih baik dari
Khairul Azam. Dan Abang nak awak jadi lebih baik dari Anna Althafunnisa. Abang
nak mencontohi Nabi. Sentiasa berlemah-lembut dengan isterinya. Dan Sayang pula abang harapkan dapat menjadi seperti Saidatina Aisyah yang sentiasa mengasihi suaminya biar apa pun ujian datang melanda’’
Lalu dia menghulurkan sesisir sikat
kepadaku. Sepantas huluran itu juga, dia merebahkan badannya ke sofa dan
meletakkan kepalanya ke ribaku. Aku yang tadinya ingin tergelak melihat gayanya terus menjadi
terharu. Lantas sayuku bertukar syahdu.
‘’Jom kita praktikkan sunnah Nabi ini
sama-sama. Tolong sikatkan rambut Abang ya Sayang ,’’
Oh !! Ya Allah.. Kurniaan apakah ini?? Sungguh bahagia aku rasakan. Ya Allah, Kau kasihilah suamiku sepertimana dia mengasihi aku. Dan sekiranya Engkau mentakdirkan kami untuk berpisah, Engkau pisahkanlah aku dengannya di kala nyawaku telahpun kembali kepada-Mu. Kerana aku bimbangi, aku tidak mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa dirinya di sisi. Amin, ya Rabbal ‘alamin. Doaku di dalam hati. :,)

Hak Cipta Terpelihara : Karyawan Bisu
=)
ReplyDelete