Umur 1-7 tahun
Pada tahap umur kanak-kanak itu, Rasulullah saw menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
Umur 7-14 tahun
Rasulullah saw menyarankan ibu bapa menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh untuk mengerjakan solat. Bahkan, apabila umurnya sudah 10 tahun, ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat. Mengikut pakar jiwa anak, pada umur ini adalah masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Fasa ini juga adalah yang terbaik untuk menjadikan dia seorang Muslim, Yahudi, Nasrani dan Majusi. Setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibu yang akan mencorakkannya.
Umur 14-21 tahun
Pada tahap ini, orang tua perlu menukar didikan dengan menekankan disiplin dengan cara yang keras dan rasional. Jadikan mereka sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam mebincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal tertentu di rumah. Hal ini penting supaya anak berasa dirinya mempunyai tangunggjawab mengambil berat hal dalam keluarga.
Umur lebih 21 tahun
Ibu bapa boleh melepaskan anak untuk belajar menempuh hidup. Bagaimanapun, tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dipetik dari akhbar Berita Harian, Selasa, 16 Julai 2013.
Abang Bisu : Bila dibaca dari awal sehingga akhir, hati ini terasa sayu. Mula-mula anak
kita, kita jaga, belai dan lentur dengan kasih sayang. Dan, lama-kelamaan, dia
akan membesar. Apabila umur mereka mencecah 21 tahun, kita disarankan untuk
melepaskan mereka untuk belajar erti kehidupan. Pada masa itu, kita akan
rindukan kembali detik-detik mereka pernah menjadi bayi suatu ketika dulu. Oh
Allah.. Syahdunya rasa hati pada pagi ini :,)
No comments:
Post a Comment