Berfirman Allah SWT di dalam al-Quranul Kareem :-
'' Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakanmu '' al-Alaq : 1
Gambar di atas menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan comel yang bernama Muttahara Mohammed, berusia 5 tahun, sedang menghadiri kelas mengaji al-Quran di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan. Kiut bukan?? Di dalam kancah pergolakkan yang masih berlaku di sana, Muttahara dengan rasa tanggungjawab terhadap diri dan agama, tetap menghadiri kelas al-Quran walaupun taklifan itu belum difardhukan ke atas dirinya.
Bersesuaian dengan sebuah hadis Nabi SAW :-
'' Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu : Cintakan Nabi mereka, Cintakan Keluarga Nabi, dan Membaca al-Quran ''
Tuntas.. Adakah kita telah melaksanakan tangungjawab kita sebagaimana yang disabdakan Baginda?? Tepuk dada ddan bertanyalah kepada iman masing-masing. (^_^)
No comments:
Post a Comment