Wednesday, 10 October 2012

Karya Hebat | Warna-Warni Bumi Ibaraki

Subhanallah !! Indahnya ciptaan-Mu. Bagaikan tak percaya apa yang dilihat oleh mata. Bagaikan ingin menjadi helang untuk terbang ke sana. Itulah perasaan yang terpancar dari lubuk hati ini setelah melihat keindahan Taman Hitachi di Ibaraki, Jepun

Sungguh cantik. Memang tertarik. Sememangnya amat menarik. Tetapi, apakan daya.. Mata ini hanya mampu melihat keajaiban ciptaan Ilahi ini melalui skrin I-pad yang tak seberapa inci. Alhamdulillah.. Kalimah syukur itu wajib dilafazkan tanda kita masih diberikan ni'mat untuk melihat betapa cantiknya makhluk ciptaan Rabbul Izzati.

Taman yang seluas 3.5 hektar ini dihiasi dengan pelbagai jenis bunga. Antaranya ialah bunga tulip dan pepohon rumput jenis rendang yang akan bertukar warna mengikut musim. 

Bukit yang dikenali sebagai Miharashi Tidak Oka ini bukan sahaja menyediakan keindahan panorama bunga yang pelbagai, malah ia juga menyediakan trek untuk berjogging dan berbasikal kepada pengunjung yang datang bertamu.








Pada pendapat anda.. Bolehkah pemandangan seindah ini dilandskapkan kat Malaysia?? Sejujurnya.. Masyarakat Malaysia kita masih belum mempunyai tahap kesedaran kebersihan seperti yang berjaya dicapai oleh negara Jepun, Korea dan jiran terdekat Singapura. Kalau dibuka taman indah ini di Malaysia.. Confirm, kat celah-celah pokok tu akan dipenuhi dengan plastik-plastik makanan. Sama-samalah kita bermuhasabah. Kebersihan itu adalah sebahagian dari iman. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...