Sunday, 4 March 2012

Karya Hebat | Laut Kuning di China

Sambil menghadiahkan telinga dengan alunan merdu Irfan Makki feat Maher Zain ; I Believe .. Pandangan mata pula terpukau dengan keindahan alam ciptaan Allah 'Azza wa Jalla. Cantik. Begitu menarik. Subhanallah. Agungnya ciptaan-Mu..




Pemandangan indah di dalam post ini terletak di negara China di sebuah pekan kecil wilayah Yunnan bernama Luoping. Pekan yang dahulunya diabaikan pelancong kini bertukar wajah disebabkan lautan bunga sawi yang menguning bila tiba musim menuai. Para pelancong yang datang dari pelusuk dunia ingin melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan keajaiban ciptaan Ilahi ini.



Pokok sawi yang berbunga kuning keemasan ini ditanam untuk industri pembuatan minyak masak. Biji sawi berkenaan akan dituai dan diproses bila umurnya mencapai tahap matang. Kecantikkan alam semulajadi ini bukan sekadar menarik minat manusia, malahan juga ia berjaya memikat naluri lebah-lebah liar yang banyak terdapat di kawasan bukit-bukau Luoping. Anugerah Allah ini digunakan sebaiknya oleh penduduk tempatan dan mereka membina rumah bagi lebah-lebah berkenaan sebagai sumber pendapatan tambahan. Benarlah firman Allah SWT : Segala puji itu hanyalah layak untuk Tuhan Sekalian Alam sahaja.









Sesungguhnya, apa yang ada di bumi dan di langit adalah hak mutlak Mu, Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...