Wednesday, 1 February 2012

Karya Arkitek | Jambatan dalam Air


'Moses Bridge'. Itulah nama yang diberikan bagi sebuah jambatan di dalam air yang terletak di Belanda. Jambatan kreatif yang direka oleh Syarikat Ro&Ad Arkitek ini dibina bagi menghubungkan dua kawasan yang dipisahkan oleh sebatang sungai.

Menurut mereka, limpahan air sungai berkenaan tidak mampu masuk ke dalam jambatan. Ini kerana, kawalan air telah dikawal oleh empangan berhampiran. Seandainya hujan lebat turun, beberapa pam air telah disediakan di bahagian bawah jambatan bagi menyedut air keluar.









Kepada korang yang ada info lebih tentang jambatan ni, boleh lah share dengan aku yang bisu ni. Bak kata blogger, Sharing Is Caring =)

Sumber : archdaily & [v.i.d.e.o]

Karya Kreatif | Lukisan dari Bola Keranjang


Gadis berbangsa Cina yang hanya mahu dikenali sebagai Red ini telah berjaya melakar sebuah potret gergasi Yao Ming. Yao Ming ialah seorang pemain basketball profesional China yang pernah beraksi untuk kelab Houston Rockets (NBA) pada tahun 2010. Bersesuaian dengan tema kekreatifannya menggunakan bola keranjang, Red memilih wajah Yao Ming untuk dilukis. Saksikan.. 

Karya Islamik | Kolam Syurga Wujud di Dunia ?


MasyaAllah !! Itulah perkataan pertama yang seharusnya terpacul dari lidah kita apabila melihat kehebatan ciptaan Allah SWT ini. Diibaratkan keindahannya seperti di syurga, itulah kolam semulajadi yang terdapat di TurkiKolam air panas yang dinamakan 'Pamukkale' dalam bahasa Turki ini membawa maksud 'istana kapas' gah tersergam di kaki bukit seperti namanya. 

Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat di dalamnya membuatkan dinding-dinding kolam kelihatan putih berseri tak ubah seperti warna kapas. Hasil dari proses tindak balas dan luluhawa semulajadi bumi maka terbentuklah satu Karya Agung yang tiada tandingannya.








Seindah -indah kolam Pamukkale di dunia indah lagi kolam yang terdapat di syurga. Sebagaimana yang digambarkan oleh Baginda Nabi SAW tentang keindahan syurga '' Apa yang tidak pernah dilihat (keindahannya)  oleh mata, dan apa yang tidak pernah didengar (kemerduannya) oleh telinga, dan apa yang tidak pernah terlintas (kecantikkannya) oleh hati manusia''

Sumber : en.wikipedia

Karya Info | Perbandingan Antara Peel Fresh & Sunkist

Jus Oren 1 Liter


Bagi penggemar oren ; termasuklah juga diriku, pemilihan dari segi kapasiti, harga serta kepuasan apabila meminum amat dititkberatkan. Setelah mencuba kedua-dua jenama jus oren terkenal ini, 9/10 aku berikan kepada Sunkist dan 6/10 untul Peel Fresh

Kelebihan Sunkist mengalahkan Peel Fresh terletak pada kesegaran isi dan harganya. Pulpa oren dapat dirasa dan dikunyah ketika jusnya yang manis menerpa ke ruang rongga mulut. Berharga +- RM 4.39 berjaya  mengatasi pesaingnya, +- RM 4.90. Perbezaan +- 50sen. (Banyak tu bagi aku). 

Jika korang kurang bersetuju dangan pendapat aku, cubalah buat sedikit kajian untuk mengetahui kebenarannya. Mungkin juga citarasa kita berlainan. Apa-apapun, sebagai pengguna, kita mestilah Bijak Membeli Menang Memakai. Adios =).   

Sumber : Own Research

Karya Lucu | Lebihan Muatan Melampau [ 20 Gambar ]


Antara kesalahan jalan raya yang mampu mengundang pihak JPJ dan trafik PDRM menyaman korang ialah membawa muatan lebih dari had yang dibenarkan. Di sini adalah gambar-gambar contoh yang boleh korang jadikan pengajaran dan iktibar bagi mengelakkan kenderaan korang di kompaun mereka. HOho !!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...