Thursday, 21 September 2017

Doa Majlis Ilmu

Susah betul nak google doa-doa untuk majlis rasmi ni. Jadi, dengan sedikit perahan otak, Abang Bisu up kan doa yang telah Abang Bisu create dan inovate kan sendiri, untuk majlis Seminar Kebangsaan Memperkasa Institusi Islam (SKMi) baru-baru ni (19 dan 20 Sept 2017). Siapa-siapa nak copy atau ambik silakan. Amal jariah untuk semua =)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة  وَالسَّلاَمُ عَلَى أشرف الانبيأ والمرسلين سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Kareem Ya Wadud,

Sesungguhnya pada pagi yang penuh bersejarah ini, kami berhimpun di sini, bagi menyatakan kesyukuran kami dan menjayakan (nama majlis). Justeru dengan itu Ya Allah, Kau rahmatilah majlis ini, berkatilah ia, kurniakanlah kepada kami kefahaman ilmu, sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahMu. Semoga dengannya kami dapat menghayati dan mengamalkan apa yang kami pelajari.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jika ada dikalangan kami pada hari ini yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah dia. Jika ada di kalangan kami yang diuji dengan kesakitan, maka kau sembuhkanlah dia. Jika ada di kalangan kami yang diuji dengan kesedihan, maka Kau khabarkanlah berita gembira buatnya. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesempitan, maka Kau lapangkanlah dia. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram

Kurniakanlah kepada kami hati yang tenang, jiwa yang tenteram serta ruh yang sentiasa mempunyai sifat syukur, sabar, ikhlas, dan amanah dalam melakukan setiap pekerjaan. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, buruk sangka dan khianah. Sesungguhnya ia adalah penghalang kepada kami untuk menuju Syurga idaman.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ . اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّار  .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وبارك وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Tuesday, 14 March 2017

''Dah dah la tu dengan customer kau!"


Bengkek je aku rasa. Tengok status online, tapi bila aku mesej, 5 minit baru reply. Eh! Aku ni laki kau kot?! Kenalah layan dulu. Bukan reply mesej daripada mana-mana customer kau tu.


Darah aku makin mendidih. Tak tahu lah sampai bila boleh tahan. Kalau ikutkan hati, nak je aku shoot balik umah, rampas handphone dia dan baling kat dinding. Padan muka. Tapi akal aku masih waras. Duk menasihati je "Jangan. Siasat dulu"

Friday, 25 September 2015

Kemaafan Terindah

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Wednesday, 1 October 2014

Maafkan Mama Sayang..


"Kakak sayang Mama sampai bila-bila."

Masih terngiang-ngiang patah perkataan itu. Seolah semalam kejadian itu baru berlaku. Sungguh, jika mampu diundurkan waktu, saya tidak mahu apa-apa dari dunia ini. Melainkan dirinya. Seorang anak yang baik.. Yang menyenangkan.. Yang menggembirakan hati sesiapa sahaja yang mengenalinya.

********

Sunday, 11 May 2014

Kerana Dia Seorang Ibu..


Nama aku Ibrahim. Aku dilahirkan oleh seorang mak yang pada aku dia sangat sukar untuk memahami hati orang lain. Ayah? Aku tak tahulah dia di mana. Dia menghilangkan diri sejak aku berumur lima tahun. Kami lima beradik dibesarkan oleh mak. Mungkin dengan sebab ayah tak ada, aku menjadi seorang yang nakal, degil dan cepat memberontak.
Bermula dari sekolah rendah, aku menjadi seorang yang tak suka belajar. Kalau ke sekolah, kerja aku ialah mengacau dan mengganggu kawan-kawan. Bertumbuk dan bergaduh sudah menjadi 'makanan ruji' aku. Dan setiap kali itu, mak akan dipanggil untuk datang ke sekolah.
Keadaan yang sama juga berlarutan bila aku di sekolah menengah. Malah, kenakalan aku semakin menjadi-jadi. Ponteng kelas, lawan cakap cikgu, merokok, tak payah cerita. Itu semua perkara biasa bagi aku. Dan untuk kesekian kalinya, mak dipanggil lagi.

Saturday, 22 March 2014

Nabi dan Kijang


''Bebaskan aku Ya Rasulullah..'' 

..rayu satu suara kepada Nabi Muhammad saw. Baginda yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Thoif, mencari cari dari mana datangnya arah suara berkenaan. Setelah Baginda mengamatinya, tahulah Baginda bahawa suara itu datang dari semak samun berhampiran dan ia adalah kepunyaan seekor kijang.

''Kamukah yang bercakap wahai kijang?'' soal Nabi meminta kepastian

''Benar ya Rasulullah.. Tolonglah bebaskan aku'' rayunya lagi

Nabi yang menyedari bahawa kijang tersebut telah terkena jerangkap, kembali bertanya

''Kenapa kamu ingin aku bebaskan kamu?''

Wednesday, 19 February 2014

Diari Seorang Kakak Kecil



Saya mempunyai 3 orang anak. Dua perempuan satu lelaki. Yang sulung, kakak, berusia tujuh tahun. Yang kedua abang, 4 tahun dan yang bongsu, adik perempuan berusia 1 tahun 6 bulan. Ketiga-tiga mereka ini boleh dikatakan anak yang soleh dan solehah. Cuma si kakak ni, sering membuatkan sayang pening kepala.
Tak dinafikan, kakak memang seorang budak yang pandai. Dia seorang yang fast learner. Seawal umur 5 tahun dia dah pandai mengeja dan membaca. Dan dia juga seorang yang petah berkata-kata. Apa yang membuatkan saya sering 'bergaduh' dengan dia adalah kerana dia sukar mendengar kata. Dia akan cuba mengambil perhatian saya walaupun berulang kali saya memberitahunya yang saya penat bekerja.
Ya. Saya dan suami semuanya bekerjaya. Jadi, anak-anak, kami akan hantar pada pengasuh bila kami beransur ke office masing-masing.

Monday, 10 February 2014

''Maafkan Papa Nak..''


Malam tadi, masa nak makan nasi, anak aku ni sibuk datang nak panjat kerusi, nak makan nasi dengan aku.

Setelah dinasihati oleh pembaca budiman jangan bersangka buruk, aku pun bersangkalah baik. 

''Lapar agaknya anak aku ni..''

Lalu, aku angkat dia dan letakkan di riba. Bila aku nak suapkan nasi untuk dia, dia tolak. Tunjuk-tunjuk nak ayam. Jadi, aku ambillah ayam. Bila nak suap ayam, dia tunju
k-tunjuk pulak nak fish ball. Aishh.. My beteh ni betul-betul menguji kesabaran aku.

Baik. Aku letakkan ayam dan aku ambil bebola ikan. Masa bebola ikan tu nak masuk mulut dia, dia tolak skali lagi. Kali ni tunjuk-tunjuk nak air milo pulak.

Masa tu, aku dah hilang sabar. Dengan perut yang berkeroncong ni, aku angkat dia dan nak letakkan kat bawah. Tapi dia enggan. Menggeliat ke kiri ke kanan, meminta air milo tu jugak.

Serulah Dengan Kebaikan


Semalam, setelah azan Maghrib berkumandang, aku terus ke bilik air untuk berwudhu'. Selesai berwudhu', aku tengok anak aku yang dua orang ni masih lagi asyik dengan mainan masak-masak mereka.

Lantas, dengan suara yang lantang, aku mengeluarkan arahan '' Una.. Ana.. Dah dah la main tu. Pergi bilik air, ambik wudhu'. Kita solat sekali. Siapa yang tak solat nanti masuk NERAKA tau.. '' ugut aku di akhir arahan.

Namun, apa yang mendukacitakan, mereka boleh buat derk je. Macam tak dengar apa-apa. Aiii.. Ini boleh mendatangkan marah. Grrrr..!! Berkecamuk aku sendirian.

Belum sempat aku ulang suara sekali lagi, Ummi mereka yang dah siap bertelekung datang mendekati mereka. Dalam pada itu, kata-kata lembut berupa seruan diucapkan kepada kedua-dua anak kecil itu

3 Perkara Itu..



Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss la hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.


Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar..

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya..

'' Hmm.. Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni..''

'' Ya sayang.. Apadia? Tanyalah.. '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam

'' Tengahari, Abang memang tak makan ea kat ofis..?? '' soalku lembut

'' Ermm tak. Kenapa sayang ?? '' pendek dan ringkas jawapan dia

'' Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang..

''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat.. Saya kadang-kadang stress..''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagipun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ni, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis..

'' Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak..''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali..

'' Hmm.. Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari..''

I Love You Dinda



Tadi.. Orang rumah mesej aku. Dia tanya aku nak makan apa malam ni. Tapi, bentuk pertanyaannya itu terus disertakan jawapan. Kira soalan berbentuk objektif la ni.

.......................

'' Abang.. Please choose one of the menu below.. ''

'' 1. Nasi goreng kampung + tempe goreng.. ''

'' 2. Ikan kembung asam pedas + tempe goreng + telur dadar.. ''

'' 3. Semua di atas (**pengsan) ''

Hehe. Pandai dia melawak . Tapi, susah jugak nak buat pilihan. Aku tahu, bila dia berbadan dua ni, penat dia berganda. Dan kalau boleh, aku taknak menyusahkan dia. So, aku jawab..


Thursday, 15 August 2013

Kenangan Terindah..


di aidilfitri ini, bila melihat kad-kad kahwin kiriman rakan2, hatiku terimbau mengingati kembali kenangan terindah diriku bersama arwah suami. sebelum terlupa, aku rasa ada baiknya aku kongsikan kisah ini bersama sebagai pedoman untuk kita.

-----------------

4 haribulan 6 - itulah tarikh keramat rumahtangga kami dibina. dalam diam, sudah 2 tahun masa itu berlalu. Alhamdulillah.. walaupun masih banyak kekurangan dalam mahligai itu, namun Alhamdulillah tetap ku panjatkan pada-Mu..

--------------

Pagi itu, aku mengharapkan sesuatu darinya. bukan banyak tapi cukuplah sekadar ucapan ‘selamat menyambut ulangtahun perkahwinan sayang..’ tapi.. semuanya hampa. dia berlalu ke tempat kerja tanpa sepatah kata. Huh !! Lelaki.. memang mudah lupa.

Petang itu,seusai dia pulang dari tempat kerja, tanganku hulur seperti biasa. dia sambut tanganku lalu dikucup dahiku. dalam pada itu dia berkata ‘abang tak lupa.. Cuma abang ada suprise untuk sayang..’’. aku yang kebingungan malu sendirian memikirkan getusan hati kotor ini pagi tadi.

Wednesday, 14 August 2013

Karya Sayu | Diriku Milikmu..


Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam. Jarang sangat dia bercakap dengan lelaki. Member2 memang puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. Segan dowh!! Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan lelaki..

Cantik? Memang la.. Kalu x, cornfirm aku x sangkut punyer ;-). Cantik pada mata aku la. Member2 pun ade yang cuba usha. Sori la dia nak layan. Memang market habis dia ni. Last2, aku yang dapat. Memang rasa bangga sangat time tu..

Eh, duk ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol terpaksa dirahsiakan.

Saturday, 3 August 2013

Karya Lucu | Suamiku Seorang Pelupa


Malas aku nak ulas panjang2. senang cerita, suami aku ni memang susah nak ingat benda2 yang dia rasakan tak penting. nak kata nyanyuk umur baru 27 tahun. nak kata sakit, sehat je dia aku tengok. hmm.. entahlah labu.

Dari tutup lampu toilet, cari baju singlet hatta name tag nama dia, semua dia tak ingat letak kat mana. kalau nak tu, aku lah orang kanan dia yg menggeledah tempat persembunyian dan mencari barang2 yg ‘hilang’ tu.

Friday, 2 August 2013

Karya Sayu | Tulusnya Kasihmu Ibu











Kalau nak kira, Mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Takda nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan Mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami.

Abah aku orangnya agak garang. Masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu, aku dah kurang sikit ngan Abah. Apa-apa masalah aku ngadu ngan Mak. Mak la tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat kerja sekolah. Mintak duit belanja. Kena buli ngan kawan. Semuanya Mak. Ngan Abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.
Abah pepagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, dia pergi ladang. Tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat. Kekadang tidur kat pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah.

Thursday, 25 July 2013

Tiadaku Dinanti, Hadirku Dimarahi..








Pagi itu, aku tidak mampu untuk meneruskan puasaku lagi. Akibat keletihan melawan cirit-birit dari malam tadi, aku benar-benar tidak larat. Mukaku yang putih kelihatan semakin ‘berseri’ kerana kehilangan banyak air dalam badan. Entah apalah yang aku makan ketika berbuka semalam. Setahu aku, apa yang suami makan itulah yang aku makan. Tapi, dia takdelah pulak terkena cirit-birit macam aku. 

‘’ Mungkin Allah ingin menguji aku agaknya,’’ getusku di dalam hati.

Jam 10 malam tadi, selepas siap bertarawih, perutku memulas-mulas. Kesakitan ini tidak hilang setelah sekali aku ke tandas. Bahkan, setelah berkali-kali pun, ia masih degil untuk pergi.

12.00 tengah malam : toilet..
1.30 pagi : toilet..
2.15 pagi : toilet..
3.30 pagi : toilet..

Sehinggalah ke waktu sahur, aku masih ke toilet. Tidurku terganggu dengan ketidakselesaan ini. Terima kasih ku ucapkan kepada suamiku kerana telah memberi segala macam ubat padaku. Bermula dari menelan gugusan pil Chi Kit Teck Aun sehinggalah meminum teh pekat, aku kisar semuanya dalam perutku. Namun natijahnya.. negatif.

Wednesday, 17 July 2013

Bawa Anak Ke Masjid

Anida Aswani Abdul Hadi, 35, berkata membawa anak menunaikan solat Tarawih di masjid adalah amalan mulia, Cuma ibu bapa perlu memastikan anak mereka berkelakuan baik untuk mengelak mengganggu jemaah lain.

‘’Kita tidak mahu ibu bapa bawa anak ke masjid kerana tiada siapa yang ingin menjaganya di rumah. Jika anak nakal dan membuat bising, ia boleh jadi punca perselisihan faham antara jemaah lain. Tarawih adalah sunat dan jika terpaksa, lakukan saja di rumah,’’ katanya.

Bagi Lenny Herlina Agus Syariff, 37, ibu bapa perlu menerangkan kepada anak tujuan membawa mereka ke masjid adalah untuk beribadah bukan tempat bermain. Katanya, ada ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain dan tidak menghiraukan sensitiviti jemaah yang lain.

Didiklah Mereka Sebaiknya









Empat tahap mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah

Umur 1-7 tahun
Pada tahap umur kanak-kanak itu, Rasulullah saw menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.


Sunday, 14 July 2013

Izinkanku Pergi..


Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..

2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Friday, 12 July 2013

Kekasihnya Adalah al-Quran



Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba, dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang yang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu, dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada dia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...