Wednesday 14 August 2013

Karya Sayu | Diriku Milikmu..


Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam. Jarang sangat dia bercakap dengan lelaki. Member2 memang puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. Segan dowh!! Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan lelaki..

Cantik? Memang la.. Kalu x, cornfirm aku x sangkut punyer ;-). Cantik pada mata aku la. Member2 pun ade yang cuba usha. Sori la dia nak layan. Memang market habis dia ni. Last2, aku yang dapat. Memang rasa bangga sangat time tu..

Eh, duk ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol terpaksa dirahsiakan.

Aku usha cara yang leklok la, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer. Pergh !! Memang kena kutuk kaw2 la aku. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Aku cakap xkenal sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab apa? Aku cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “Kau ni, macamana kau nak kahwin dengan orang yang kau x kenal?’’ Aku jawab, ‘’ Lepas kahwin la saya kenal dia pakcik..’’ Aku jawab sambil tersengih2. Pastu bapak dia diam.

Masa tu aku rasa down giler. Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dah terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ada sorang lagi calon yang aku suka. Haa.. Yang ni aku memang kamceng giler. Nama dia Ila. aku memang rasa serasi sangat dengan minah ni. Tapi last2, orang lain gak yang aku pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya x seperti yang aku jangka. Mati2 aku ingat kena reject, tapi family dia terima. Warghh !! Happynya rasa masa tu. Alhamdulillah. So, memang sah la takda jodoh aku ngan Ila. Time aku bagitau Ila aku nak kahwin, dia accept je. Kejamnya aku. Dia kata semoga aku bahagia.. Lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, confirmlah aku sebagai suami Ara. Happynya aku Tuhan je tau.. Kat rumah.. Dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. Oh boringnya..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je.. Sengih. Macam apa yang aku buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar jugak la. Dan bini aku ni pulak memang amat fobia dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia mesti batuk.. X bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk3 gitu.. Disebabkan aku amat menyayanginya, makin lama makin kurang aku merokok..  Kalau gian sangat pun aku akan merokok time kat ofis je.

Bini aku pulak kerja kat hospital, bahagian ubat-ubatan.. Aku ni pulak jenis yang  xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar dan ambik dia di hospital. Time ambik dia balik, memang hari2 lah baju dia bau ubat dalam kete. So aku akan selalu bukak tingkap, nyaman sikit..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah memang pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lagi, kami accident!! Langgar bontot kete orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??!!

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pun x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu, aku terus suruh Ara berhenti kerja. Duduk rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang kerja dah cukup untuk sara hidup kami.

Dekat setahun kami kahwin, Ila tiba2 datang. Dia kata, dia masih sayangkan aku. Dia nak aku ambik dia jadi bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak !! Ni dah angau betul ni.. Padaha,l aku baru je kahwin. Mungkin Ila yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then, aku terus terang je la. Aku cakap kat dia,, Yes aku memang x kamceng mana dengan bini aku sekarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cuba buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih betul.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi la dia sunyi sepi. Dah la hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan benda yang lain sikit. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda yangsama je.. Hah.. Macam tu la bini aku.. Hmm..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba berhenti merokok waktu awal2 kahwin dulu.. Ara pulak dah xkerja, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ila, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ila terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki seorang anak. Dah besar. Umurnya dah dekat 4 tahun.. Tapi dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 mengaji al-Quran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadi anak yang soleh. Bagi aku, itulah investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak dengan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik. Bini dah tido. Esoknya, pagi2 aku dah kena pergi kerja.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan seorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut pulak kat aku. So, dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!


Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kahwin dengan dia, tapi aku takut Ara kecik hati pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan. Kadang2 gaduh, kadang dia tercarut2 bagai kat aku. Pastu minta maaf. Dia kata tersasul.. Tapi aku memang terhibur bila bersama dengan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari tu,dia bagitahu aku, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat. Make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air sembahyang ke? X sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!

So aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bercinta pun asyik lawan apa aku cakap, boleh ke nanti ?? So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk. Akhirnya dia dimasukkan ke hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama mengidap barah tu. Penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan etrpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan ribuan anak panah tajam bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So, itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi macamana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x pernah bertikam lidah, x pernah gaduh.. Mungkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x pernah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat. Doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, walaupun doktor tu seorang perempuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2. Jaga makan minum, pakaian aku. Ajar anak kami mengaji. Memang x pernah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia.. Maafkan Abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2 semuanya. Ketika itulah aku terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 aku ingat tu kertas resit je, tapi rupanya sepucuk surat!


1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunyai,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila Abang melamar diri ini..


Buat suamiku yang baru kupunyai,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna yang Abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita..


Buat suamiku yang baru kupunyai,

Andai Abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada Abang,

Andai Abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu Abang,

Kerana Ara tak mampu berbicara,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa..


Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta Abang,

Ara pasrah dan relakan Abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati Abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar,

Isteri yang sentiasa menyanjungimu.



*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam Abang. Semoga Abang mudah terlihat surat ini..


Tika itu juga, air mata jantan aku berderai jatuh ke lantai. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang? Kenapa ??!!

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. Dan paling penting dia bagi aku seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku bagi kat Ara?

Mulai saat itu, aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk ofis pun kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu, dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. Ya Allah !! Hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin di telinganya berulang-ulang. Aku letak Hafiz di tepinya.. Dan anak itu terus kepangkuan ibunya lalu memeluk-meluk Ara.. Sedihnya aku waktu itu..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hampir 5 tahun perkahwinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

via : mforum

3 comments:

  1. First I read this, I thought this is your story..hahah...I first thinking that you are so luck to have Ara..but then it's not yours..but then I love this one :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...