Thursday 13 September 2012

Karya Info | Jangan Tenggelamkan Kami

Apa sudah jadi? Adakah kerajaan India juga ingin meniru cara pemerintahan diktator zalim Bashar al-Assad? Si lelaki yang berwajahkan manusia tetapi sebenarnya syaitan. Andai Bashar mengarahkan 'anjing-anjing' nya menanam jasad insan bernyawa hidup-hidup di perut bumi Syria, kini barah itu telah merebak ke India tetapi dalam versi perut air. What happened??

Terkejut kan? Sabar.. (^_^). Sebenarnya apa yang berlaku di India bukanlah sepertimana yang terjadi di Syria. Tetapi, iras-iras kekejaman itu seakan-seakan sama seperti di sana. Kerajaan India telah melakukan kezaliman ke atas penduduk wilayah Khandwa dengan membina empangan Omkareshwar. ''Aik?? Bina empangan pun zalim?'' Ya. Ini kerana dengan pembinaan empangan tersebut, paras air yang terkumpul semakin hari semakin meningkat dan akan menenggelamkan kampung mereka.




Pada 25 Ogos yang lalu, paras air telah naik sehingga paras pinggang. Dan sekarang, ia telah meningkat sehingga paras leher. Tanah ladang yang dulunya subur untuk pertanian, kini semuanya telah ranap ditenggelami air. Mereka yang membuat tunjuk perasaan ini terdiri dari pelbagai lapisan. Baik lelaki, perempuan.. Yang muda ataupun yang tua.. Semuanya turut serta.

Dengan hanya berbekalkan buluh yang dipacakkan di dalam air ; bagi menyokong kekuatan mereka untuk berdiri, mereka hanya akan keluar daripada air tersebut untuk makan tengahari dan malam dan untuk ke tandas sahaja. Fuhh.. Dahsyat kan istiqomah diorang.. Huhu !! Semoga kerajaan India mendengar suara rakyatnya ini.



Lihatlah bagaimana mereka mempertahankan hak mereka. Sehingga tertidur kat dalam air pun tak apa. Tetapi kita? Mampukah kita seperti mereka andai hak-hak Islam dan diri kita dicabuli?? Semoga keadilan kan tertegak kembali di muka bumi ini. Ameen..

Sumber : Hindustantimes

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...