Pagi
itu, aku tidak mampu untuk meneruskan puasaku lagi. Akibat keletihan melawan
cirit-birit dari malam tadi, aku benar-benar tidak larat. Mukaku yang putih
kelihatan semakin ‘berseri’ kerana kehilangan banyak air dalam badan. Entah
apalah yang aku makan ketika berbuka semalam. Setahu aku, apa yang suami makan
itulah yang aku makan. Tapi, dia takdelah pulak terkena cirit-birit macam aku.
‘’ Mungkin Allah ingin menguji aku agaknya,’’ getusku di dalam hati.
Jam
10 malam tadi, selepas siap bertarawih, perutku memulas-mulas. Kesakitan ini
tidak hilang setelah sekali aku ke tandas. Bahkan, setelah berkali-kali pun, ia
masih degil untuk pergi.
12.00
tengah malam : toilet..
1.30
pagi : toilet..
2.15
pagi : toilet..
3.30
pagi : toilet..
Sehinggalah
ke waktu sahur, aku masih ke toilet. Tidurku terganggu dengan ketidakselesaan
ini. Terima kasih ku ucapkan kepada suamiku kerana telah memberi segala macam
ubat padaku. Bermula dari menelan gugusan pil Chi Kit Teck Aun sehinggalah
meminum teh pekat, aku kisar semuanya dalam perutku. Namun natijahnya..
negatif.