Istiadat seperti ini biasanya dapat ditemui di kawasan desa di India dan dianggarkan berusia 700 tahun. Sehingga kini, ia masih diteruskan (klik untuk tonton video). Tinggalan warisan nenek moyang mereka ini mempercayai bahawa ia dapat mengatasi masalah kematian bayi yang sangat tinggi pada masa itu. Juga kerana istiadat tersebut dapat memberikan kesihatan pada anak-anak mereka. Malah,mereka yang menyertai upacara tersebut bukan sahaja terdiri daripada kalangan penganut agama Hindu bahkan agama Islam.
Adakah terdapat didalam agama suci Islam kita mengajar ummatnya untuk melakukan perlakuan sedemikian rupa terhadap bayi mereka? Seandainya ada, apa yang akan terjadi sekiranya kemudharatan atau musibah menimpa bayi tersebut? Sebagai contoh :- kain putih terkoyak, silap landing (jatuh kepala dulu) dan lantunan di luar jangka.. apakah masih ada kebaikkan untuk menyelamatkan mereka dari kematian atau memberikan kesihatan kepada anggota badan mereka..?? Tentunya TIDAK.. Jadi,sama-samalah kita memikirkan apa yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak kita.
p/s 1: Don't ever try this at home/office/hotel/KLCC/KL Tower or the others skycrapers building =)
p/s 2 : Anak adalah anugerah Allah. Jagalah mereka dengan sebaik mungkin. Jangan main campak-campak seperti apa yang anda saksikan diatas. Kalau nak campak jugak,campaklah mak ayah mereka yang merestui anak mereka diperlakukan sedemikian rupa.
No comments:
Post a Comment