Monday 23 July 2012

Karya Info | Pohon Separa Merah

Jangan betulkan cermin mata atau screen PC anda. Mata anda memang tidak salah memandang. Sebagaimana diterangkan dalam tajuk di atas.. Pohon Separa Merah.. Fenomena ini berlaku di Ajka, daerah Veszprem, Hungary. Perkara ni dah lama terjadi iaitu  pada tahun 2010 dahulu kala. Tetapi, disebabkan kawan Abang Bisu baru emailkan gambar dan maklumat tentang perihal ini.. Dengan penuh minat Abang Bisu cuba olah untuk kalian sereme.

Kejadian ini berpunca daripada empangan yang menakung sisa toksik aluminium merah sebanyak 35 juta kaki padu ini pecah. Syarikat Aluminium MAL Hungary dipertanggungjawabkan atas hal ini. Hasil dari kejadian ini, sekurang-kurangnya 9 orang menghembuskan nafas mereka yang terakhir dan 122 orang tercedera. Bah merah ini telah merebak sejauh 40 kilometer persegi dan penduduk setempat mengalami kerugian yang amat besar (tidak dinyatakan dalam laporan berita).






Bagaimana sekiranya loji nuklear yang hendak dibina di Malaysia pula yang pecah?? Aishhh.. Minta jauh lah daripada loji tu dibina. Amin..


Sumber : the atlantic

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...