Wednesday 21 March 2012

Karya Kreatif | Mengukur Alam Semesta


Seorang artis kelahiran Slovakia, Roman Ondák telah melahirkan sebuah karya kreatif tanpa memerlukan usaha yang keras. Percaya atau tidak beliau tidak perlu menggunakan sebarang kemahiran tetapi hanya menggunakan buah fikiran.

Beliau telah membuat pameran di Museum of Modern Art di bandar New York pada 2007. Bermodalkan sebuah bilik putih kosong tanpa sebarang perabot dan juga beberapa batang marker pen dakwat hitam. Apa yang beliau lakukan hanyalah dengan menjemput orang ramai hadir ke pameran tersebut dan mereka dikehendaki mengukur ketinggian seterusnya menandakan ketinggian mereka di dinding kosong tersebut.

Bermula dari sebuag bilik kosong berdinding putih, lama kelamaan bilik tersebut bertukar menjadi sebuah bilik karya kreatif yang mempamerkan pelbagai ukuran ketinggian ribuan pengunjung yang datang ke pameran itu sendiri. Dari jauh tulisan-tulisan yang ditulis dengan menggunakan format nama dan juga tarikh ukuran ketinggian itu dicatatkan kelihatan seperti ribuan lebah yang sedang berterbangan mengelilingi bilik tersebut. 

















Mengkagumkan bukan? Jangan berikan alasan kita tidak berharta untuk menjadi orang hebat. Dengan berbekalkan akal fikiran yang Allah SWT kurniakan kepada kita, kita mampu melakukan segalanya. =)

3 comments:

  1. kreatif!hebat boleh berfikir sebgeitu!
    gunakan akal dengan sebaiknya :)

    ReplyDelete
  2. hebbat sehhh !!.. woi abang bisu.. mane ko cari bahan2 macam ni ea?? aku nak wat jugak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...