Tuesday 27 March 2012

Karya Kreatif | Potret 3D dari Skru

Seorang lagi pereka kreatif dan berinovasi tinggi telah berjaya dijejaki oleh squad Abang Bisu. Walau di mana sahaja anda bersembunyi, dengan izin Allah nescaya akan terselongkar jua tempat persembunyiaan mu. HOho !! Scary tak ayat Abang Bisu ?? :-P. Bernama Encik Andrew Myers, beliau ini ialah seorang anak jati Jerman tetapi sayang telah dibesarkan di Ciudad Real, Sepanyol. Tapi takpelah, tak jadi isu pun sebenarnya. 

Mula berjinak-jinak dengan dunia seni ini sejak zaman kanak-kanak lagi. Membesar dalam seni, darah seninya semakin dahagakan ilmu untuk berkembang lebih jauh. Maka masuklah olehnya akan Institut Art of Southern California ( sekarang dikenali sebagai Kolej Laguna Seni dan Reka Bentuk ). Beliau yang semakin dewasa dari hari demi hari mula mencipta nama melalui karyanya yang dipaparkan di dalam majalah terkemuka Eropah antaranya H Magazine dan NBC San Diego.  

Popularitinya semakin laris. Sahamnya pun makin naik. Maklumlah, orang berbakat kan. Hasil gabungan idea klasik dan moden di dalam karyanya, beliau banyak memenangi anugerah-anugerah seni antaranya pemenang pertandingan Laguna Beach Public Sculpture dan pertandingan Sculpture 2008. Saksikan karyanya yang terbaik ini iaitu.. Potret 3D dari Skru.. Holllaa..













Kita pun boleh buat jugak sebenarnya.. Cuma ketidakyakinan kepada diri sendiri itu aje yang masih menebal. Andai pecah kotak unconfident level itu, nescaya kita akan jadi lebih hebat daripada mereka kerana kita ialah orang Islam yang berpandukan Karya daripada Pencipta Karyawan ; Allah SWT dan bergurukan Karyawan Terbilang Sepanjang Zaman ; Nabi Muhammad SAW ; Kekasih Allah SWT.

1 comment:

  1. WAAAAAA... DENGAN SKRU PUN BOLEH JADI GAMBAR.. HEBAT !!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...