Monday, 27 February 2012

Karya Info | Muzium Anatomi Manusia


Awesome! Itu sahaja perkataan yang boleh dizahirkan. Muzium ini dinamakan Muzium Corpus merupakan sebuah muzium interaktif biologi manusia terletak Oegstgeest di Netherlands. Muzium ini telah dirasmikan oleh Ratu Elizabeth pada tahun 2008. Pelbagai koleksi anatomi yang kekal dan diubah dari semasa ke semasa terdapat di sini. Muzium ini digelarkan muzium pengembaraan manusia dibina khas untuk pembelajaran dan juga hiburan. 

Sedikit info mengenai stadium ini :-
  • 55 minit diperlukan untuk pengembaraan dalam tubuh badan manusia 
  • Mempunyai 8 bahasa perantara audio
  • Pusat maklumat perubatan 
  • Bayaran masuk EUR 16.50

Jom layan gambar-gambar di dalam muzium ni. Check it out!








 
Medical students mesti teruja nak datang sini kan? Senang la nak study anatomi kalau lepak kat dalam stadium ni. ^_^

Sunday, 26 February 2012

Karya Haiwan | Lembu Berlubang

''Aduhh.. Sakit wooo..'' Kata si lembu dalam bahasanya. Kaedah perubatan yang nampak pelik dan menyakitkan ini dijalankan di Eropah bagi mengkaji kelancaran proses pencernaan seekor lembu. Kaedah ini dapat membantu lembu yang dipelihara agar lebih sihat dan kuat. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1833. 

Alat plastik yang dikenali sebagai 'kanula' disambung pada bahagian perut lembu. Ia boleh dibuka dan ditutup dengan mudah pada bila-bila masa diperlukan doktor haiwan. Ia juga dapat mengelakkan proses pembedahan yang menelan kos yang tinggi bila kestabilan kesihatan seekor lembu di tahap kurang memuaskan.




Karya Hebat | Budak Lelaki China Berpenglihatan Kucing

Suatu lagi keajaiban yang terdapat di China. Seorang budak lelaki telah dilahirkan dengan penglihatan seperti seekor kucing. Nong Youhui dikurniakan sepasang mata berwarna biru dan mampu melihat dalam keadaan gelap tanpa menggunakan cahaya.

Hasil siri ujian mata yang dilakukan oleh doktor sejak dia masih kecil telah membuktikan mata Youhui merupakan kurniaan istimewa. Penglihatannya sedikit kabur dalam keadaan terang tetapi jelas dalam keadaan gelap. 

Bapa Youhui juga telah mengesahkan mengenai kelebihan Youhui. Pada suatu ketika dia telah bertanyakan kepada Youhui samada dia mampu menangkap seekor cengkerik pada malam ataupun tidak, Youhui telah menyatakan dia mampu menangkap cengkerik itu tanpa bantuan cahaya. Ajaib bukan?

Di dalam video ini juga turut menunjukkan beberapa ujian yang telah dijalankan ke atas Youhui. Dia telah disuruh untuk menjawab  beberapa soalan yang ditulis di atas sehelai kertas dalam keadaan gelap dan YA dia mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul.

Sesetengah pakar berpendapat gen Youhui telah mengalami mutasi dan ada juga organisasi yang mengeluarkan teori, Youhui merupakan salah seorang generasi baru yang berkembang dilahirkan dengan kelebihan yang luar biasa di muka bumi.




Saturday, 25 February 2012

Karya Hebat | Peringatan Akan Hari Kebangkitan

Apakah pengajaran yang anda dapat daripada gambar di atas? Ya, tepat sekali. Ia merupakan salah satu tanda dari kekuasan Allah SWT yang ditunjukkan melalui alam ciptaanNya. Tahukah anda, gambar yang anda lihat di atas merupakan satu fenomena kejadian alam yang berlaku di Chile. Gunung berapi Puyehue-Cordon-Caulle. Kehebatan letusannya telah menyebabkan langit di bumi Chile bergelap bermandikan kepulan debu tebal. 




Ledakkan besar ini berketinggian enam batu ke udara dan berkeluasan tiga batu lebarnya. Ekoran ledakkan maha hebat ini, pihak penerbangan Amerika Selatan, New Zealand dan Australia terpaksa membatalkan segala jadual trafik udaranya. Di samping itu, lebih kurang 3000 penduduk Chile diarahkan pihak berkuasa untuk berkurung di rumah masing-masing bagi tujuan keselamatan.



Karya Kreatif | Warna-Warni di Dunia Awang Kenit

Wow !! Seakan berada di dunia masyarakat kenit. Itulah perasaan pertama yang pasti kan terbit dari setiap mata yang memandang. Watak patung mini mengikut tugas masing-masing disusun secara teliti oleh karyawan dari Amerika Syarikat, Christopher Boffoli. Idea yang beliau tampilkan ini boleh dikategorikan dalam karya kreatif disebabkan kekreatifan beliau 'bermain' dengan patung-patung tersebut.


Dikenali sebagai seorang penulis, jurugambar, dan penerbit filem, hasil kerja beliau ini pernah muncul di dada-dada akhbar, majalah dan penerbitan dalam talian di seluruh dunia. Beliau yang amat berminat dengan dunia fotografi telah menjelajahi banyak tempat di serata dunia antaranya Eropah, Timur Tengah dan Asia.






Karya Kreatif | Lukisan Dari Tapak Cawan Kopi

Volume 2


Bagi mereka yang pernah menyaksikan hasil kreatif gadis berdarah Cina ini pada volume 1 terdahulu, pastinya ternanti-nantikan karya beliau yang seterusnya. Red, gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang seni ini, berjaya melakar satu lagi kejutan di dalam dunia lukis-melukis. Kali ini, beliau melukis potret pelakon popular Jay Chou berilhamkan filem hebat [Secret] lakonan artis China tersebut. Red menjadikan cawan kopi sebagai pena dan kopi itu sendiri sebagai dakwat kepada karyanya. Vavava.. Bravo 'alaiki Red !!



Karya Islamik | Azan Dikumandang Ketika Parlimen Bersidang

Islam itu indah

KAHERAH 8 Feb. - Sidang Dewan Parlimen Mesir menjadi gamat apabila seorang ahli Parlimen dari parti Salafi, Mamduh Ismail bertindak bangun dan melaungkan azan.

Speaker, Saad al-Katatni yang merupakan anggota Ikhwan Muslimin berkata, beliau tidak memberikan kebenaran untuk Mamduh berbuat demikian. Mamduh yang tidak menghiraukan arahan Saad kemudian bertindak menadah tangan dan berdoa.

''Mamduh Ismail melanggar peraturan dan melaungkan azan tanpa kebenaran Yang Dipertua Dewan. Kita ada masjid untuk berbuat demikian. Dewan ini untuk kita berdebat... Ia tidak menunjukkan anda lebih alim dan lebih mahu sembahyang berbanding orang lain,'' kata Saad sambil menerima senyuman daripada timbalan-timbalannya.

Mamduh yang merupakan anggota parti Islam kedua paling berpengaruh dalam pilihan raya umum baru-baru ini, bulan lepas diarahkan menjaga tingkah laku selepas beliau menyatakan tidak mahu melanggar peraturan Allah dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Takbirrr !!!

Sumber : utusan

Friday, 24 February 2012

Karya Info | Subhanallah... Pantai Pasir Bertukar Menjadi Pantai Kaca

Penahkah anda mendengar mengenai sebuah pantai ber'pasir'kan kaca? Anehkan? Pantai ini benar-benar wujud di Fort Bragg, California. Glass Beach (Pantai Kaca) dikatakan unik dan juga pelik.Pada pandangan pertama melihat pantai ini, pasti tiada banyak bezanya dengan pantai-pantai lain, tetapi jika kita mengambil segenggam dari pasirnya, anda akan melihat butiran-butiran kaca yang cantik ditapak tangan anda. Ya, sememangnya dipantai tersebut, pasir-pasirnya kebanyakannya adalah kaca dan sebab itulah dikatakan ianya unik.


Info mengenai pantai ini :-
  • Asalnya pantai ini sama seperti pantai-pantai berpasir yang lain
  • Pada awal tahun 1949, kawasan pantai itu dijadikan tempat untuk melupuskan sampah secara terbuka
  • Pelbagai jenis sampah-sampah ke situ termasuklah bertan-tan kaca, barangan rumah, dan juga kereta!
  • Pada tahun 60-an, terdapat beberapa percubaan untuk mengawal pembuangan sampah secara berleluasa dan bagi pembuangan sisa toksik, dilarang sama sekali.
  • Akhirnya pada tahun 1967, kerajaan telah melarang pembuangan sampah ke situ dan juga menutup tempat itu serta-merta setelah menyedari perkara itu merupakan satu kesilapan yang besar.

Kini, lebih 40 tahun telah berlalu alam semula jadi telah mengubah semula keadaan pantai itu. Bertahun-tahun ombak yang memukul telah menghakis sampah-sampah yang terdapat disitu dan telah merubah kaca-kaca menjadi kecil, lembut dan berwarna yang meliputi pantai itu ketika ini. Walaupun begitu masih terdapat kesan-kesan sampah yang masih tidak terhakis contohnya spark plug.




Tetapi anda masih boleh lihat jutaan kaca kecil yang berwarna-warni melitupi seluruh pantai tersebut. Pantai ini unik bukanlah ianya hasil buatan manusia, tetapi ianya unik kerana dengan kuasa Allah SWT alam semula jadi ciptaanNya telah merubah kesilapan manusia sebagaimana ombak yang memukul tebing pantai itu selama bertahun lamanya telah menghakis sampah dan seterusnya menjadikan ia 'hidup' kembali.



Sumber : funnyfunda.com

Karya Sayu | Tolonglah Aku

Menyentuh hati


Yang manakah diri kita? Adakah kita seumpama pemandu kereta yang pertama atau pemandu kereta yang kedua? Tidak dinafikan, pada zaman yang semakin menuju kepada kehancuran ini, sifat mementingkan diri sendiri amat menebal di dalam diri setiap individui.

''Alaaahh.. nanti ada lah orang yang tolong tu. Aku nak cepat ni'' 

''Buat apa nak tolong. Entah-entah dia tu orang jahat yang menyamar. Buat-buat sakit'' 

''Huhh !! Bukan keluarga aku pun dia tu'' 

Itulah antara ayat-ayat yang biasanya berlegar di dalam fikiran kita. Tidak mustahil juga, itulah perkataan yang pernah kita tuturkan melalui lidah kita. Pernahkah kita terfikir, seandainya yang sedang duduk di tengah jalan meminta bantuan itu adalah diri kita? Ingatlah, jika kita tidak memulakan langkah membantu mereka yang berada dalam kesusahan, nescaya Allah SWT akan membalas perkara yang sama terhadap diri kita bila kita ditimpa musibah. Tak percaya, cubalah..

Thursday, 23 February 2012

Karya Info | Hidangan Terakhir Penunggu Maut

Inilah antara gambar hidangan terakhir yang diminta oleh penjenayah lagenda Amerika Syarikat sebelum mereka dijatuhkan hukuman mati. Bagi peminat setia drama bersiri penuh kejutan ; Prison Break, pasti mengingati babak permintaan terakhir Michael Scofield Lincoln Burrows  (abang kepada Micheal Scofield) sebelum beliau dijatuhkan hukuman mati di atas kerusi elektrik. Tetapi, itu adalah lakonan semata-mata. Gambar-gambar makanan yang dipertontonkan oleh Abang Bisu ini adalah real dan benar-benar terjadi. Saksikan.. 




Karya Arkitek | Rumah Pokok Terkecil di Dunia

Apabila disebut tentang rumah pokok, akan terbayang di minda kita rumah kayu yang dibina di atas dahan sebatang pokok gergasi yang besar dan kuat. Pada kali ini, pihak KB ingin mendedahkan penemuan terbaru dan unik tentang rumah pokok. Rumah pokok yang dimaksudkan tersebut ialah 'Rumah Pokok Yang Paling Kecil di Dunia' yang di cipta oleh bekas pengilustrasi majalah fesyen Jepun, Takanori Aiba

Encik Takanori Aiba berjaya mencatat rekod sebagai pembina rumah pokok terkecil dunia kerana beliau membina rumah berkenaan di atas pokok bonzai. Pokok kecil yang sememangnya menjadi pujaan ramai. Beliau menggunakan pelbagai jenis alatan seperti kertas, plastik, cat, resin akrilik dan bahan-bahan lain lagi untuk menghasilkan senibina menakjubkan ini.




Karya Arkitek | Tiang Rezeki Nelayan Sri Lanka

Bermodalkan sebatang tiang kayu dan joran klasik tradisional, nelayan Sri Lanka menjalankan rutin harian mereka menangkap ikan dengan hanya menunggu di 'kerusi malas' yang terpacak di tepi pantai. Kaedah yang diwarisi dari nenek moyang mereka ini tidak diketahui usianya tetapi didakwa mula diperkenalkan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua

Bertenggek umpama seekor pungguk yang rindukan bulan, cara ini dapat membantu nelayan 'menggoda' ikan supaya terus menetap di kawasan pantai sekitar. Sekiranya mereka menggunakan jala, ikan-ikan akan terasa terganggu dan seterusnya lari meninggalkan pantai cetek berkenaan. 

Tiang tegak bersilang yang dikenali sebagai Petta ini dipacak di celah-celah terumbu karang dengan ketinggian 2 meter dari paras air laut. Kebiasaanya, para nelayan akan keluar mencari rezeki mereka di 'tiang keramat' tersebut 2 kali sehari. Sekali di awal pagi dan sekali lagi di waktu senja. Ia banyak terdapat disekitar pantai Kathaluwa dan Ahangama, Sri Lanka.




Wednesday, 22 February 2012

Karya Sayu | Dalam Sekelip Mata Mereka Pergi Meninggalkanku


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......
Hehe.. 1-0. Karya Lucu sebenarnya. Saja-saja nak kenakan korang. :p

Sunday, 19 February 2012

Karya Sayu | Kasih Seorang Ayah

Kasihnya ayah sanggupkah berpisah..



Pertama kali menonton video ini, terlintas perasaan lucu di hati. Melihat gelagat si anak membuat onar tidak mahu memejamkan mata melainkan ditemani ayah disisi. Lebih mencuit hati lagi, apabila si ayah mengalah dan bersetuju untuk menemani. Bukan setakat memujuk, malah didodoi lagi agar anaknya tidur berulitkan mimpi. Tidak cukup dengan itu, dia sendiri yang berbaring di dalam katil 'Baby'. Begitu besar pengorbanan si ayah ini.


Ramai di antara kita hanya diberi pendedahan tentang kasih ibu sahaja. Kasih ayah? Semacam dongengan pusaka. Adakah seorang ayah tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap anaknya? Dusta. Bahkan ia adalah dusta semata. Disebalik kebengisan wajah mereka yang bergelar ayahanda.. Disebalik kelantangan suara mereka yang bernama bapa .. Ada di sana tanda kasih dan sayangnya kepada kita lebih daripada kasih dan sayang seorang ibu terhadap anakanda. Tetapi, hal ini akan dilupakan oleh si anak bilamana mereka meningkat usia. Bermula dari remaja. Berpindah ke belia. Seterusnya menjadi dewasa.. Ayah hanyalah ditempat yang kedua. Mungkin yang ketiga bila si anak telah mendirikan rumah tangga bahagia. 

Tahukah kita, Rasulullah SAW begitu memuliakan darjat seorang ayah umpama darjat seorang tuan kepada hamba ? Pernah satu ketika, baginda didatangi seorang sahabat yang mengadu bahawa ayahnya ingin mengambil hartanya. Lalu dipanggil ayah tua itu mengadap untuk menceritakan realiti bagai didakwa. Dengan kekuatan yang ada, si ayah seakan ingin membela anak tercinta. Tetapi, setelah dipujuk Baginda disertakan wahyu dari Yang Esa, dia mula berkata-kata. Diiringi linangan air mata hiba, dia mengadu tentang kelakuan serta layanan si anak kepadanya. '' Ketika kecil dia ku asuh, ku jaga, ku ajar, ku belai manja. Apabila besar, segalanya tiada makna. Seakan semuanya sia-sia ''. Pada saat yang datang entah dari mana, Baginda lantas menerpa. Memegang hujung leher baju milik anak yang hampir berpangkat derhaka :- " Sesungguhnya Dirimu dan Hartamu adalah Milik ayahmu " sabda Baginda. 

Tuntas, dimanakah kedudukan kita sebagai seorang anak dengan seorang ayah di kala dia masih bernyawa? Adakah kita layak dilabelkan sebagai anak soleh/solehah yang mampu membawanya ke syurga? Atau adakah kita hanyalah seorang insan yang hina lagi durjana kerana tidak menghiraukan mereka? Ingatlah !!! Bahawa firman Allah SWT tidak turun supaya seorang anak hanya menghormati dan mengasihi ibunya sahaja. Tetapi, ada terselit bersamanya nama si ayah 'Ketua Keluarga'. Fikir-fikirkanlah selagi ada waktu dan masa untuk kita kembali memohon ampun, maaf serta redha mereka yang tiada banding tara.

Saturday, 18 February 2012

Karya Lucu | Budak Tembam Khusyuk Nyanyi Jatuh Kerusi

Comel Sangat!

Korang pernah tengok tak budak kecik menyanyi macam kat dalam konsert Opera? Rugi kalau korang tak tengok lagi. Budak ni dah la tembam, comel, debab pulak tu. Punyalah khusyuk dia nyanyi sampai tak perasan konsert yang dia buat sedang dirakam. Pentas dia cinonet je. Tapi cara dia nyanyi kalah artis yang nyanyi depan ribuan orang. Tak percaya? Tengok sampai habis. Confirm korang gelak golek-golek! Haha!



LOL!!! Geramkan tengok aksi dia? Korang rasa-rasa si debab ni menyanyi lagu apa? Pada firasat aku, dia tengah menghayati lagu TITANIC! Haha!


Ulang tengok untuk yang ke 100++ kali. ^_^


Credit to : RahmanBashri

Karya Kreatif | Bebola Mata Bercahaya

Hoowaa.. Sungguh menta'jubkan pandangan mataku apabila memandang matanya. Berkilau dan bergemerlapan umpama lampu yang bercahaya. ''Memang lampu pun. Tak payah ada umpama''. Tiba-tiba ada suara yang menyapa membetulkan kesilapan mata yang teruja. HOho !! Credit to Encik Suara. 

Tapi biarlah apapun yang 'dia' nak kata. Bagi diriku yang baru sahaja terjumpa barang baik lagi kreatif kat Ebay ni, ingin berkongsi keterujaan yang tak seberapa dengan mereka yang datang menyapa. Sedikit pencahayaan buat tatapan kalian, nikmatilah sajian Bebola Mata Bercahaya dari saya, manis di mata tidak bergula.   




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...